hatt4 in da’ house

meluahkan rasa terbuku di hati…

21  11 2008

Spirit OF The Coins

hmm.. ni just drama.. tapi sesape yang ada pengalaman tentang spirit of the coin..

boleh je perhati.. huhuhuhu..

Short Horror Movie No 3 - video powered by Metacafe

credit kat : http://blog-misteri.blogspot.com/search/label/Spirit%20Of%20The%20Coin


21  11 2008

PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA……..

ops.. jangan mara-mara..  baca dulu.. title yg best kan?? hehehehe…

1. Perempuan memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya.
Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti xxx. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian .

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji,  Kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya Atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?  Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12.surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, Apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya  dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.  Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki . Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukkan untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati”adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu.  Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.

9. Perempuan memang tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik . Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.  Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan untuk memakainya dengan cara yang terbaik…

p/s : ops.. lepas aku baca semua.. hmm perempuan memang still guna gak terutama no. 5 … apa-apa pun korang baca and korang nilaikan sendiri.. jangan mara erk..

credit : raeina (forward kat aku).. yg before ni x sure plak..


20  11 2008

20 November 08

HAPPY BIRTHDAY ANIFF

today, pagi-pagi lagi nak wish HAPPY BIRTHDAY kat adik pompuan aku ANIFF NURATIKA.. try call umah tak berangkat.. last2 call handphone mak.. berangkat pun..  wah dah celebrate semalam lagi sebab adik bongsu aku nak bersunat ptg nie.. oh.. sengaja je menakutkan dia.. heheehe.. ntah laa.. terkenang jap kenangan silam dulu.. huhuhu.. macam-macam.. Pape pun.. Happy Birthday Aniff yg ke-17… Semoga kesihatan cepat sembuh..

HAPPY BELATED BIRTHDAY BAITY

wah.. sibuk-sibuk.. terlupa.. teringat akan birthday Aniff baru teringat semalam birthday Baity semalam 19/11.. huhuhu.. sorry lewat.. hahaha.. ntah la dah lama x dengar kabar tentang dia..

CONGRATE JONGOS KEHADIRAN ANAK Ke-2

Congrate jongoz @ yati.. di atas kelahiran baby lelaki yg ke-2 nie pada 4.15pm 17/11/08 hari tu.. Sorry x sempat nak wish.. sibuk sket.. ada hal yg tak dijangka berlaku.. buat otak jadi pening..

DARAH TINGGI??

Hmm semalam joe kata dia check kena darah tinggi.. hmm banyak tekanan kut.. tekanan kerja.. hmm ntah laa.. aku?? kekadang ada jugak tekanan kerja.. tapi aku try lepaskan segalanya lepas aku kunci pintu opis tiap hari..  yup tak nafikan.. makin lama.. kerja makin banyak.. makin wat kita makin terikat.. namun kita kena pandai2.. menyesuaikan diri… buang segalanya.. jangan campur aduk dengan life kehidupan.. baru semua ni hilang..Buat joe.. relax-relaxkan diri… tidur secukupnya.. bagi badan tu relax dulu.. masalah?? kalau leh buang tepi.. buang tepi dulu..


11  11 2008

Selasa ~ 11 Nov 08

sekarang dh 11/11 dah…

wah cepat berlalu erk..

Belated Birthday

1st nak wish Happy Belated Birthday kat si Ali Isrilla..
Moga di panjang umur & di murah rezeki..

Kawan Masa Kecik

Actually, terasa kecik plak dunia ni .. tak sangka tiba-tiba dapat jumpa kawan lama yang hampir berapa belas tahun x jumpa.. jejak kasih.. chewah.. actually sebab ada kenalan abah datang ke rumah..

baru je tengok pix diaorang kat dlm album.. 2 hari lepas tu mak call bagi num phone.. so try2 la keep in touch.. awal2 tak tau nak kata apa.. memang dah lama tak jumpa.. tapi sebab berpisah dari kecik.. zaman masih dak hingusan lagi.. kelu gak lidah ni nak mulakan kata-kata.. coz tak tau nak kata apa..

so ni dapat la pix terlatest family dia.. masa fendy kawin last years..

so hope lepas ni still keep in touch..  x mau dah putus2…

Sabtu, 08/11…

sabtu lepas.. apa erk.. pagi just pass doc kat bos..
petang sket.. nak gi hantar kete plat 222 tu ke kedai kat genting klang nak tukar tayar..
tokey tu baru call lepas tgk kete tu depan kedai dia kut.. stok belum sampai..

redah balik dengan angin satu badan.. iya la plan nak gi open house umah Awie kat Taman Cempaka..
last sampai umah gi laa tolak ke umah Awie.. wah bukan belated raya.. ni skali ngan majlis menyambut menantu.. x cakap.. kalau tak bawak hadiah..

malam plak.. ayien ajak tgk bola.. akram plak call ajak makan nasi kerabu umah dia.. so kesimpulan gi umah dia makan nasi kerabu sambil tengok bola.. x puas hati Man Utd kalah…

Ahad, 09/11..

ke mana plak erk.. mak call inform nak wat 100 untuk arwah… tapi awal sangat.. x sempat nak balik..nak wat hari Jumaat lepas solat Jumaat.. means aku kena balik hari Khamis..memang x sempat…

pagi.. ntah apa rajin.. aku gi basuh kete plat 222 depan umah tuee.. mungkin dah bosan..

tgh hari.. kuar ngan cik adik sorang tue..plan awal nak tgk wayang… last2 cancel..

gi area chow kit tgk barang… pastu gi lepak Tasik Perdana..

apa yang best tasik perdana.. ntah la.. cuma seronok tengok karenah dak-dak kecil bermain.. teringat zaman kecik2 dulu.. buas nak mampus aku sorang nie.. huhuhu.. camne x patah.. stunt man betul aku dulu..


11  11 2008

Proton MSX - Top SPEED 250KM/H??

Proton MSX?? Apa tue… ni aku dapat dari email forward kengkawan..

aku try tengok la survey2.. terjumpa plak sket info kat blog.mixterr.com..

ni adalah model terbaru dari PROTON.. tapi design memang “copy paste” dari model LOTUS..
hampir sebijik…

ni pix Lotus APX

korang compare lak ngan yg bawah nie…

sama kan?? sebenarnya tak menajdi hairan.. cuma yang best top speed dia 250km/h..
kalah Porsche Cayenne S,  BMW X6 35i dan Nissan Murano…

x percaya?? tu laa.. nak tak nak kita tunggu je..

persoalan dia… agak-agak korang berapa harga dia erk?? dengan top speed gitu..
PERDANA V6 pun dah berapa… huhuhuhu


10  11 2008

x berselera..

macam ni laa.. aku dua tiga minggu nie.. makan asyik tak berselera sangat..
ntah laa.. apa yang aku fikirkan..

makan x kenyang.. tapi berat makin bertambah gak.. huhuhuhu..


10  11 2008

Nasi Himpit

Nasi himpit

entry apa nie?? uiks.. xde pape.. just nak remember kesukaan seseorang..
raya dah sebulan lebih berlalu.. namun ada lagi orang yang mengidam..

huhuhu… pix ni rasa masa open house umah akram..

cuma orang tu balik kampung.. x dapat nak rasa hidangan nasi himpit Pn Asma nie..

ok.. nanti kita gi cari tempat yg special jual nasi himpit..


26  10 2008

26 Oktober 2008

wah.. dah masuk hari ahad..
cam sekejap je rasanya… makin lama makin pantas masa berlalu..
huuhuhu.. kadang-kadang terasa ruginya detik-detik yang telah berlalu…

Apa yang happen sepanjang seminggu nie?? Rasa semua macam dah lama..
walhal masih baru…

Selasa…
Azreen a.k.a Jack baru dapat baby boy… bercuti sakan…

Rabu…
My family datang KL… Aniff ada apointment kat HKL…
So far alhamdulillah xde pape.. check semua ok..
cuma terasa sket lari budget… huhuhu.. xpe…
family tak lama stay KL.. malam tu terus balik…
So that day.. aku keje half-day…

Khamis..
sepatutnya kena gi Melaka ngan bos..
Nasib baik x sempat bertolak lagi..
Orang nak jumpa tu.. datang KL…
Cuma habis masa kat situ je laa..
Dapat msg dari Sham..Samad Lefhanded telah meninggal…
Al-fatihah buat Samad Lefhanded…

Jumaat..
Hmm silap setting page phpBB Malaysia Elite..
kesilapan terbesar..terdelete sql dia.. huhuhuhu..
Nak tak nak kena install baru…
ENtry lelama mmg tak dapat diselamatkan..
Nasib baik RacingSpirit tolong..

Sabtu..
Akram buat openhouse.. oklaa..
Ada mee kari.. ngan nasi himpit berserta kuih-muih..
thank laaa yer…

Malam… uik.. kepala berdarah..
terlanggar bucu meja..
lepas kena ingat takde pape..
tiba2 rasa macam ada benda kat pipi..
laaa.. berdarah…gi basuh luka tu…
nasib baik luka kecil je..

Ahad…
kepala ni sakit lagi.. huhuhu.. tapi dah tak berdarah dah..
cuma bengkak je.. hmm perut dah rasa lapar..
tapi malas nak kuar..


24  10 2008

al-fatihah buat Saudara Samad Lefthanded

ptg semalam.. terkejut bila dapat msg dari Sham yang Saudara Samad Lefthanded telah meninggal dunia..

Rasa baru je aku cuba mengenali dia.. hmm.. apa-apa pun.. mari kita sama-sama bersedekah al-fatihah buat beliau.. moga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..


20  10 2008

Tahukah Anda!!!

Fakta atau Auta?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.


Next Page »